Campus Malaysia merupakan satu laman web yang menyediakan perkhidmatan untuk pendaftaran memasuki universiti-universiti dan kolej yang berpusat di Malaysia secara atas talian. Seorang pelajar boleh menggunakan fungsi carian untuk mendapatkan bidang pelajaran yang diminati berdasarkan kepada kolej-kolej yang ditawarkan. Permohonan boleh dilakukan selepas pelajar tersebut melengkapkan borang peribadi untuk digunakan dalam borang permohonan untuk pertama kali.
Setiap permohonan yang dihantar boleh dipantau melalui sistem yang dibina secara khas. Sistem ini juga akan menghantar notifikasi setiap kali permohonan melepasi satu-satu tahap. Di samping itu, fungsi carian yang dibina khas membolehkan pelajar mencari bidang pilihan dengan lebih spesifik. Mereka juga dibenarkan untuk berkongsi senarai pilihan dengan kawan-kawan menerusi penghantaran emel.
Modul
Menggunakan hampir 80+ modul yang dihasilkan oleh komuniti Drupal.org dan beberapa modul binaan sendiri untuk menepati keperluan pelajar dan pemilik laman.
Templat
Menggunakan templat sendiri dengan berlandaskan kepada kerangka templat Basic dari Drupal.org