PROJECT BRIEF
Home.net.my dengan slogannya Building Smart Communities merupakan satu portal komuniti yang menempatkan isu-isu semasa dan berita terkini dari segenap negeri di Malaysia. Pelaporan dikelaskan berdasarkan kepada negeri-negeri di Malaysia.
Skop pelaporan adalah secara global. Terdapat beberapa berita dan isu yang diutarakan tidak dimuatkan di mana-mana akhbar tempatan. Senario pengurusan adalah dengan menempatkan pelapor pada setiap negeri dan setiap negeri melantik pelapor untuk setiap daerah bagi memastikan perkhabaran dimuatkan seberapa kerap dan banyak.
Themes
Themes dibina daripada sifar. Tugasan yang diberikan tidak melibatkan pembinaan themes tetapi lebih ke arah untuk pengoptimuman dan mempiawaikan bentuk paparan bagi semua paparan, jenis pelayar dan versi pelayar. Tidak banyak perubahan atau kod tambahan dibuat memandangkan setiap negeri dikelaskan berdasarkan kepada domain.
"Customization" tidak terlalu kompleks memandangkan setiap domain mempunyai folder themes masing-masing.
Modules
Tugasan diberikan untuk menyelesaikan masalah berhubung dengan pengguaan module quicktabs.module dan views.module bagi pemaparan kandungan berdasarkan kepada daerah dan kategori.
Secara asasnya setiap paparan tab dihasilkan daripada views.module dengan penghasilan blok untuk setiap kategori bagi setiap daerah. Modifikasi dilakukan menerusi "arguments" pada views.module membenarkan penghasilan halaman secara virtual.
Selepas modfikasi selesai, pewujudan daerah baru dalam senarai akan menghasilkan laman untuk daerah diikuti dengan penyenaraian artikel di dalam modul quicktab.module secara automatis bersama dengan senarai arkib di kandungan utama.
DETAILS
Date:
Duration: 1.5 Months
PROJECT SCOPE
- Troubleshooting