PROJECT BRIEF
Satu-satunya laman komuniti yang menyediakan tutorial lengkap untuk menggunakan Drupal dalam bahasa Malaysia. Laman ini menggabungkan dua sistem pengurusan kandungan (CMS) iaitu Drupal dan phpBB. Laman ini menyediakan bantuan secara percuma dan tutorial yang disediakan memfokuskan kepada pengguna peringkat awal dan pertengahan menggunakan Drupal.
Di samping itu, tutorial sampingan utama iaitu phpBB dimuatkan memandangkan belum ada komuniti phpBB yang begitu aktif di Malaysia. Kedua-dua sistem ini dihasilkan dan dipasarkan dengan lesen GPL (Open Source). Tutorial asas seperti HTML, CSS dan PHP diselitkan untuk pengunjung mempelajari perkara asas sebelum menggunakan satu-satu sistem. Satu perkara yang menarik mengenai Kripkorn Studios adalah laman ini telah dimodifikasikan dan dipecutkan pada tahap optimum pada pelantar pelayan jenis perkongsian.
Statistik dan kajian yang dijalankan, masa bukaan (loading page) sehingga sempurna mengambil masa antara 5 hingga 7 saat. Masa yang diperlukan sebelum ini adalah sekitar 10-15 saat sebelum proses modifikasi dilakukan.
Module:
Sehingga saat ini, Kripkorn Studios telah menggunakan lebih daripada 90+ modul yang ke semuanya boleh didapati di Drupal.org. Modifikasi modul hanya dilakukan menerusi proses "pre-processing" pada fail template.php.
Templat:
KS menggunakan templat yang dibina daripada awal dan tidak menggunakan mana-mana templat yang disediakan di d.o atau pun mana-mana syarikat berbayar. Templat KS telah dimodifikasi untuk memaksimumkan kadar binaan paparan dengan melakukan beberapa pengoptimumkan kepada kod PHP. KS yang terbaru tidak menggunakan langsung fungsi "cache" Drupal.
DETAILS
Date:
Duration: 2 Months
PROJECT SCOPE
- Development
- Designing
- Restructuring
- Drupal Theme