Kereta2u merupakan laman web berorientasikan perniagaan penjualan kereta-kereta terpakai secara atas talian. Kelainan yang ditampilkan dalam laman web ini adalah penjualan kereta yang dilakukan secara lelong. Mengilhamkan konsep daripada laman web Mudah.my, Kereta2u.my fokus kepada penjualan kereta terpakai pada peringkat awal. Lelongan yang dilakukan secara atas talian ini membolehkan ramai pemilik baru kereta terpakai memperolehinya dengan harga yang terendah dalam pasaran.